Pages

Sunday 25 March 2012

Borak Bisnes Santai (I)

Assalamualaikum dan Salam Sembang Niaga,

Apa khabar semua? Macam mana weekend anda? Sure ramai yang dapat berehat kan? Bagus la kalau camtu!! Nanti sure lepas ni lebih segar bila nak kerja esok kan? 


Hari ini saya cuma nak berkongsi tentang Sesi Borak Bisnes Santai yang kami adakan pada Jumaat lepas buat julung-julung kalinya. Alhamdulillah, hampir 12 orang hadir ke Sesi tersebut. Konsep yang kami gunakan adalah sesi berborak yang amat santai tentang perkara berkaitan bisnes online dan offline. Peserta boleh terus bertanya kepada Speaker dan terus berbincang tetang topik yang dibentangkan. Nampak gayanya peserta yang hadir amat berpuas hati kerana mereka boleh bersama-sama berinteraksi dalam topik tersebut dan kami juga dapat membantu peserta dalam bentuk yang lebih "personal" dan interaktif.








Antara 2 topik yang diperbentangkan adalah:

1. Buat Duit Dengan Mudah.my Tanpa Menjual Produk Sendiri! oleh Saudara Umar Taib
2. Kuasa lipat gandakan jumlah leads bisnes anda dengan fan page Facebook oleh saya sendiri


Dalam topik Buat Duit Dengan Mudah.my Tanpa Menjual Produk Sendiri! kami ada berkongsi beberapa perkara menarik iaitu kelebihan Buat Duit Dengan Mudah.my:

1. Tak perlu bina website.


2. Tak perlu beli nama domain.


3. Tak perlu sediakan hosting.


4. Tak perlukan modal.


5. Tak perlu software yang canggih.


6. Tak perlu buang masa lama.


7. Tak perlu pengetahuan IT tinggi.


8. Tak perlu promosi di Facebook.


9. Tak perlu susah-susah mencari pelanggan.



Bagi topik Kuasa lipat gandakan jumlah leads bisnes anda dengan fan page Facebook, kami berkongsi tentang:

-Cara ringkas membuka Fan Page di Facebook dengan Timeline Terbaru
-Teknik Terkini untuk mempromosi Fan Page anda dengan Timeline Terbaru
-Teknik mudah design banner Fan Page dengan beberapa klik sahaja!
-Cara mempromosi Fan Page anda hanya melalui Facebook sendiri
-8 Cara TERBAIK untuk engage dengan Fan anda (menaikkan ranking anda dalam Google!)
-Rahsia bagaimana menjana keuntungan sekurang-kurangnya RM100 bagi setiap Fan Page yang anda buat!
-Cara untuk integrate di antara Fan Page anda dan Twitter
-Teknik mudah mendapatkan domain segera di Fan page seperti facebook.com/namasyarikatanda
-Dan banyak lagi……

Kalau anda terlepas Sesi ini jangan risau, kami akan jemput anda untuk sertai sesi yang akan datang. Sila add saya di facebook untuk membolehkan saya menjemput anda di facebook. Sila ke Facebook Profile saya di 

Untuk lihat bagaimana pendapat peserta yang menyertai Borak Bisnes Santai ni, sila lihat video testimoni di bawah:


<a href="http://www.linkedtube.com/ExxVBMa0z-o669d056d6917dd95ec8fa18111eb2017.htm">LinkedTube</a>



<a href="http://www.linkedtube.com/X0ahMx8T6yEf4ec449048acc314115ed7f46b03921f.htm">LinkedTube</a>


So nantikan video Tutorial tentant topik-topik yang telah kami borakkan tu yer!
Sampai jumpa lagi!


Apa pandangan anda tentang Timeline yang baru di Fan Page sekarang? Sila komen di bawah.



No comments:

Post a Comment

Sila komen...