Pages

Thursday, 29 March 2012

5 Rahsia Dalam Menulis Email Jualan


Assalamualaikum & Salam Sembang Niaga!


Setiap pagi, rasanya bila kita berada di depan PC/Laptop dsb., agaknya apa yang akan kita check dulu? Saya yakin sangat hanya ada 2 perkara yang kita akan buka di PC/Laptop; email atau Facebook bukan?


Itulah tandanya betapa pentingnya email terutamanya dalam kita menjalankan perniagaan. Bagi yang memiliki Smartphone (iPhone, BB, Android dsb) atau Tablet malah lebih mudah untuk akses ke email masing-masing.


Pagi ini saya baru baca sebuah email dari DEMC.com sebuah E-Magazine untuk Usahawan-usahawan Kecil dan Sederhana (SME) dan saya rasa saya perlu kongsikan pada rakan-rakan Sembang Niaga.


Di dalam email tersebut, dikongsikan 5 Rahsia Dalam Menulis Email Jualan. Menurut Abbie Drew, Editor demc.com, beliau sering menjawab email pada waktu Ahad Pagi atau Jumaat malam (dalam jam 11.45 malam)! Pelik bukan? Email perniagaan dibalas atau dihantar pada waktu yang seperti itu.


Namun yang lebih menariknya, menurut beliau juga, respons dari yang menghantar email tersebut adalah lebih cepat dan lebih kerap! malah segala tempahan servis beliau kebanyakannya datang pada waktu 12.30 pagi!!


Berikut adalah 5 tips utama beliau dalam menghantar email jualan yang lebih efektif:


1. Hantarkan email pada hari Sabtu dan Ahad juga!


Email selalunya dibuka lebih kerap pada hujung minggu. Ini mungkin kerana secara psikologinya, minda penerima email anda lebih relaks pada hujung minggu dan lebih mudah untuk membuat keputusan membeli tawaran anda!


2. Email hanya dibaca dalam 24 jam sahaja!


Beliau juga menyarankan bahawa selepas 24 jam, hanya 1% sahaja kebarangkalian email tersebut akan di baca! Jadi jangan takut untuk menghantar email follow up yang lain!


3. Hantar email 24 jam sehari!


Email akan dibuka dan boleh diakses bila-bila masa sahaja. Jadi hantar sahaja email anda pada bila-bila masa kerana perniagaan anda berjalan 24 jam juga!


4. Gunakan Subject Line yang ringkas, pendek dan padat!


Menurut kajian, Subject Line yang ringkas, pendek dan padat iaitu kurang dari 3-5 perkataan berpeluang lebih tinggi untuk dibaca! Cari 3-5 perkataan yang berkaitan dengan value / nilai yang anda akan berikan  Contohnya: kepada bakal prospek anda, gunakannya, dan email anda pasti akan dibaca!!


Contohnya: "Perniagaan anda merudum?", "Jimat wang dengan cara ini!"


5. Hantarkan ke 2 atau lebih penerima email!


Pelik bukan? Selalunya kita fikir untuk letakkan senarai penerima di BCC supaya penerima lain tidak dapat mengenal pasti alamat penerima lain selain mereka! Tidak lagi! Ini kerana dengan adanya lebih dari 2 email (sehingga 4 email, mungkin), dalam ruangan "To" akan menjadikan email anda lebih tertarik untuk dibaca kerana mungkin penerima rasakan email ini lebih penting memandangkan ada lagi orang lain yang sama-sama menerima email tersebut. Logik juga kan?


Jadi, gunakan tips berikut dalam email jualan anda dan pastinya untuk mencari prospek atau menutup jualan anda. Email adalah salah satu cara terbaik untuk memperkembangkan perniagaan anda memandangkan secara relatifnya ianya PERCUMA!!


Perkongsian: Anda pengalaman dapat prospek atau tutup / close jualan anda melalui email? Sila komen di bawah.





No comments:

Post a Comment

Sila komen...