Assalamualaikum
dan Salam Sembang Niaga..
Semenjak
saya mula membuka firma Perundingan Perniagaan sejak hampir 3 tahun lepas, ramai daripada usahawan yang berjumpa
saya bertanyakan tentang Rancangan Perniagaan. Walaupun sebenarnya skop Rancangan
Perniagaan ini adalah amat luas, namun kebanyakannya diperlukan untuk permulaan
modal perniagaan atau penambahan modal pusingan. Kesemuanya bergantung pada
kehendak usahawan tersebut.
Rancangan
Perniagaan ini adalah sebenarnya sebuah penulisan untuk menerangkan tentang
masa depan sesebuah perniagaan. Menurut e-zine Entrepreneur.com, di antara
tujuan penyediaan Rancangan Perniagaan yang utama adalah untuk mencari usahawan
tersebut mencari pelabur-pelabur yang berpotensi untuk melabur dalam perniagaan
mereka. Selain itu ada juga syarikat yang menggunakan Rancangan Perniagaan ini
untuk menarik pekerja-pekerja baru yang berkaliber, mencari prospek untuk
perniagaan baru, berhubung dengan pembekal-pembekal dan juga untuk mengurus
perniagaan dengan lebih baik lagi.
Jadi
apa agaknya Rancangan Perniagaan sebenarnya? Mudah sahaja, ia adalah satu
perancangan yang berkaitan dengan matlamat dalam perniagaan, strategi dan
masalah-masalah yang berkaitan dan cara untuk mengatasinya, struktur perniagaan
anda dan yang paling utama adalah jumlah modal yang diperlukan untuk meneruskan
perniagaan termasuk bagaimana modal ini dapat dipulangkan semula.
Antara
3 perkara Bahagian Utama dalam Rancangan Perniagaan adalah:
1.
Konsep Perniagaan: Setiap usahawan itu harus tahu bagaimana cara terbaik untuk
menjalankan perniagaan mereka dan sudah mengenal pasti segala aspek, produk dan
servis dalam meneruskan perniagaan tersebut
2.
Pemasaran: Potensi perniagaan itu
seharusnya sejajar dengan strategi pemasaran yang berkesan untuk menjadikan
perniagaan kita adalah yang terkemuka berbanding pesaing-pesaing lain. Ini juga
termasuk dengan memahami kehendak target pelanggan anda yang memerlukan
perkhidmatan atau produk anda.
3.
Bahagian Kewangan: Antara yang paling penting adalah sumber pendapatan, aliran
tunai, kunci kira-kira dan elemen-elemen lain yang berkaitan seperti analisis
pulangan modal. Anda digalakkan menggunakan perkhidmatan akauntan ataupun
ma-mana software yang boleh membantu anda dalam menyiapkan elemen-elemen
kewangan tersebut.
Jadi, untuk memulakan penulisan Rancangan
Perniagaan, pastikan anda berpandukan 3 Bahagian yang utama ini. Jangan risau,
nanti saya akan meneruskan penerangan dengan lebih terperinci tatang 7 Komponen
Utama dalam Rancangan Perniagaan.
How To Write A Business Plan… Made Easy The assistance you have been looking for… with writing a Business Plan. Find Out More...
No comments:
Post a Comment