Pages

Saturday, 17 March 2012

Langkah-Langkah Penting Untuk Promosi Fan Page Anda

Assalamualaikum dan Salam Sembang Niaga..

Selamat datang kepada semua ahli-ahli baru Sembang Niaga. Semoga semuanya sihat-sihat belaka. 



Untuk memulakan perbincangan kita, saya amat ingin mengulas tentang satu perkara yang sedang hangat diperkatakan di dalam dunia Social media iaitu Facebook Timeline. Ramai daripada pengguna Fan Page masih tertanya-tanya dan keliru tentang perubahan terbaru Facebook ini. 

Namun, Alhamdulillah, saya telah bertemu dengan satu artikel yang amat menarik yang ditulis oleh seorang pengamal Internet Marketing iaitu saudara Mohd Zulfadli. Dalam tulisan beliau menggariskan beberapa langkah-langkah penting dalam mempromosi Fan Page anda iaitu:

1. Guna nama Facebook Page yang tepat. - Ini memudahkan pelanggan anda dapat menemui anda dalam Facebook dengan lebih mudah

2. Ada cover photo yang berkaitan dengan bisnes. - Perlu berkaitan kerana ini amat penting untuk branding anda

3. Ada profile picture. Tip: Letak logo bisnes - Jika belum ada logo, sila dapatkan bantuan designer atau kawan-kawan yang boleh membantu. Pastikan logo anda simple dan mudah diingati

4. Bahagian Info yang lengkap mengenai bisnes/perkhidmatan. - Perkara ini dapat membantu anda dalam ranking SEO anda dalam Google.

5. Menyediakan cara untuk pelanggan menghubungi atau cara menempah produk/perkhidmatan. (Tip: Gunakan Note ataupun custom tab) - Jangan takut letak nombor telefon anda terutamanya telefon bimbit untuk memudahkan pelanggan anda menghubungi anda.

6. Sediakan satu custom tab untuk menarik minat pelawat Page untuk klik Like, ataupun untuk menerangkan mengenai produk/servis. - Cuba dapatkan satu "Landing Page" kalau anda mahu dan tawarkan kandungan PERCUMA seperti e-book, diskaun, hadiah misteri dsb untuk menarik pelanggan anda menghubungi anda

7. Sudah ada beberapa post update sebelum page mula dipromosikan. - Pastikan anda sudah post sekurang-kurangnya 20 post (termasuk status update, video, gambar dsb; baru nampak yang fan Page anda memang benar-benar "HIDUP"!!

Sekian jumpa lagi di post akan datang!

Ikhlas,

Azharee Wahid






No comments:

Post a Comment

Sila komen...