Pages

Thursday, 29 March 2012

5 Rahsia Dalam Menulis Email Jualan


Assalamualaikum & Salam Sembang Niaga!


Setiap pagi, rasanya bila kita berada di depan PC/Laptop dsb., agaknya apa yang akan kita check dulu? Saya yakin sangat hanya ada 2 perkara yang kita akan buka di PC/Laptop; email atau Facebook bukan?


Itulah tandanya betapa pentingnya email terutamanya dalam kita menjalankan perniagaan. Bagi yang memiliki Smartphone (iPhone, BB, Android dsb) atau Tablet malah lebih mudah untuk akses ke email masing-masing.


Pagi ini saya baru baca sebuah email dari DEMC.com sebuah E-Magazine untuk Usahawan-usahawan Kecil dan Sederhana (SME) dan saya rasa saya perlu kongsikan pada rakan-rakan Sembang Niaga.


Di dalam email tersebut, dikongsikan 5 Rahsia Dalam Menulis Email Jualan. Menurut Abbie Drew, Editor demc.com, beliau sering menjawab email pada waktu Ahad Pagi atau Jumaat malam (dalam jam 11.45 malam)! Pelik bukan? Email perniagaan dibalas atau dihantar pada waktu yang seperti itu.


Namun yang lebih menariknya, menurut beliau juga, respons dari yang menghantar email tersebut adalah lebih cepat dan lebih kerap! malah segala tempahan servis beliau kebanyakannya datang pada waktu 12.30 pagi!!


Berikut adalah 5 tips utama beliau dalam menghantar email jualan yang lebih efektif:


1. Hantarkan email pada hari Sabtu dan Ahad juga!


Email selalunya dibuka lebih kerap pada hujung minggu. Ini mungkin kerana secara psikologinya, minda penerima email anda lebih relaks pada hujung minggu dan lebih mudah untuk membuat keputusan membeli tawaran anda!


2. Email hanya dibaca dalam 24 jam sahaja!


Beliau juga menyarankan bahawa selepas 24 jam, hanya 1% sahaja kebarangkalian email tersebut akan di baca! Jadi jangan takut untuk menghantar email follow up yang lain!


3. Hantar email 24 jam sehari!


Email akan dibuka dan boleh diakses bila-bila masa sahaja. Jadi hantar sahaja email anda pada bila-bila masa kerana perniagaan anda berjalan 24 jam juga!


4. Gunakan Subject Line yang ringkas, pendek dan padat!


Menurut kajian, Subject Line yang ringkas, pendek dan padat iaitu kurang dari 3-5 perkataan berpeluang lebih tinggi untuk dibaca! Cari 3-5 perkataan yang berkaitan dengan value / nilai yang anda akan berikan  Contohnya: kepada bakal prospek anda, gunakannya, dan email anda pasti akan dibaca!!


Contohnya: "Perniagaan anda merudum?", "Jimat wang dengan cara ini!"


5. Hantarkan ke 2 atau lebih penerima email!


Pelik bukan? Selalunya kita fikir untuk letakkan senarai penerima di BCC supaya penerima lain tidak dapat mengenal pasti alamat penerima lain selain mereka! Tidak lagi! Ini kerana dengan adanya lebih dari 2 email (sehingga 4 email, mungkin), dalam ruangan "To" akan menjadikan email anda lebih tertarik untuk dibaca kerana mungkin penerima rasakan email ini lebih penting memandangkan ada lagi orang lain yang sama-sama menerima email tersebut. Logik juga kan?


Jadi, gunakan tips berikut dalam email jualan anda dan pastinya untuk mencari prospek atau menutup jualan anda. Email adalah salah satu cara terbaik untuk memperkembangkan perniagaan anda memandangkan secara relatifnya ianya PERCUMA!!


Perkongsian: Anda pengalaman dapat prospek atau tutup / close jualan anda melalui email? Sila komen di bawah.





Sunday, 25 March 2012

Borak Bisnes Santai (I)

Assalamualaikum dan Salam Sembang Niaga,

Apa khabar semua? Macam mana weekend anda? Sure ramai yang dapat berehat kan? Bagus la kalau camtu!! Nanti sure lepas ni lebih segar bila nak kerja esok kan? 


Hari ini saya cuma nak berkongsi tentang Sesi Borak Bisnes Santai yang kami adakan pada Jumaat lepas buat julung-julung kalinya. Alhamdulillah, hampir 12 orang hadir ke Sesi tersebut. Konsep yang kami gunakan adalah sesi berborak yang amat santai tentang perkara berkaitan bisnes online dan offline. Peserta boleh terus bertanya kepada Speaker dan terus berbincang tetang topik yang dibentangkan. Nampak gayanya peserta yang hadir amat berpuas hati kerana mereka boleh bersama-sama berinteraksi dalam topik tersebut dan kami juga dapat membantu peserta dalam bentuk yang lebih "personal" dan interaktif.








Antara 2 topik yang diperbentangkan adalah:

1. Buat Duit Dengan Mudah.my Tanpa Menjual Produk Sendiri! oleh Saudara Umar Taib
2. Kuasa lipat gandakan jumlah leads bisnes anda dengan fan page Facebook oleh saya sendiri


Dalam topik Buat Duit Dengan Mudah.my Tanpa Menjual Produk Sendiri! kami ada berkongsi beberapa perkara menarik iaitu kelebihan Buat Duit Dengan Mudah.my:

1. Tak perlu bina website.


2. Tak perlu beli nama domain.


3. Tak perlu sediakan hosting.


4. Tak perlukan modal.


5. Tak perlu software yang canggih.


6. Tak perlu buang masa lama.


7. Tak perlu pengetahuan IT tinggi.


8. Tak perlu promosi di Facebook.


9. Tak perlu susah-susah mencari pelanggan.



Bagi topik Kuasa lipat gandakan jumlah leads bisnes anda dengan fan page Facebook, kami berkongsi tentang:

-Cara ringkas membuka Fan Page di Facebook dengan Timeline Terbaru
-Teknik Terkini untuk mempromosi Fan Page anda dengan Timeline Terbaru
-Teknik mudah design banner Fan Page dengan beberapa klik sahaja!
-Cara mempromosi Fan Page anda hanya melalui Facebook sendiri
-8 Cara TERBAIK untuk engage dengan Fan anda (menaikkan ranking anda dalam Google!)
-Rahsia bagaimana menjana keuntungan sekurang-kurangnya RM100 bagi setiap Fan Page yang anda buat!
-Cara untuk integrate di antara Fan Page anda dan Twitter
-Teknik mudah mendapatkan domain segera di Fan page seperti facebook.com/namasyarikatanda
-Dan banyak lagi……

Kalau anda terlepas Sesi ini jangan risau, kami akan jemput anda untuk sertai sesi yang akan datang. Sila add saya di facebook untuk membolehkan saya menjemput anda di facebook. Sila ke Facebook Profile saya di 

Untuk lihat bagaimana pendapat peserta yang menyertai Borak Bisnes Santai ni, sila lihat video testimoni di bawah:


<a href="http://www.linkedtube.com/ExxVBMa0z-o669d056d6917dd95ec8fa18111eb2017.htm">LinkedTube</a>



<a href="http://www.linkedtube.com/X0ahMx8T6yEf4ec449048acc314115ed7f46b03921f.htm">LinkedTube</a>


So nantikan video Tutorial tentant topik-topik yang telah kami borakkan tu yer!
Sampai jumpa lagi!


Apa pandangan anda tentang Timeline yang baru di Fan Page sekarang? Sila komen di bawah.



Wednesday, 21 March 2012

FREE FOR LIFE ACCOUNT Autoresponder Benchmark Email (Tutorial 1)

<a href="http://www.linkedtube.com/amkPwibJt4kb8aafd3b7a784f8c0644418b3e644021.htm">LinkedTube</a>

Sunday, 18 March 2012

3 Bahagian Utama Dalam Rancangan Perniagaan (Business Plan)



Assalamualaikum dan Salam Sembang Niaga..

Semenjak saya mula membuka firma Perundingan Perniagaan sejak hampir 3 tahun lepas, ramai daripada usahawan yang berjumpa saya bertanyakan tentang Rancangan Perniagaan. Walaupun sebenarnya skop Rancangan Perniagaan ini adalah amat luas, namun kebanyakannya diperlukan untuk permulaan modal perniagaan atau penambahan modal pusingan. Kesemuanya bergantung pada kehendak usahawan tersebut.

Rancangan Perniagaan ini adalah sebenarnya sebuah penulisan untuk menerangkan tentang masa depan sesebuah perniagaan. Menurut e-zine Entrepreneur.com, di antara tujuan penyediaan Rancangan Perniagaan yang utama adalah untuk mencari usahawan tersebut mencari pelabur-pelabur yang berpotensi untuk melabur dalam perniagaan mereka. Selain itu ada juga syarikat yang menggunakan Rancangan Perniagaan ini untuk menarik pekerja-pekerja baru yang berkaliber, mencari prospek untuk perniagaan baru, berhubung dengan pembekal-pembekal dan juga untuk mengurus perniagaan dengan lebih baik lagi.

Jadi apa agaknya Rancangan Perniagaan sebenarnya? Mudah sahaja, ia adalah satu perancangan yang berkaitan dengan matlamat dalam perniagaan, strategi dan masalah-masalah yang berkaitan dan cara untuk mengatasinya, struktur perniagaan anda dan yang paling utama adalah jumlah modal yang diperlukan untuk meneruskan perniagaan termasuk bagaimana modal ini dapat dipulangkan semula.

Antara 3 perkara Bahagian Utama dalam Rancangan Perniagaan adalah:

1. Konsep Perniagaan: Setiap usahawan itu harus tahu bagaimana cara terbaik untuk menjalankan perniagaan mereka dan sudah mengenal pasti segala aspek, produk dan servis dalam meneruskan perniagaan tersebut

2.  Pemasaran: Potensi perniagaan itu seharusnya sejajar dengan strategi pemasaran yang berkesan untuk menjadikan perniagaan kita adalah yang terkemuka berbanding pesaing-pesaing lain. Ini juga termasuk dengan memahami kehendak target pelanggan anda yang memerlukan perkhidmatan atau produk anda.

3. Bahagian Kewangan: Antara yang paling penting adalah sumber pendapatan, aliran tunai, kunci kira-kira dan elemen-elemen lain yang berkaitan seperti analisis pulangan modal. Anda digalakkan menggunakan perkhidmatan akauntan ataupun ma-mana software yang boleh membantu anda dalam menyiapkan elemen-elemen kewangan tersebut.

Jadi, untuk memulakan penulisan Rancangan Perniagaan, pastikan anda berpandukan 3 Bahagian yang utama ini. Jangan risau, nanti saya akan meneruskan penerangan dengan lebih terperinci tatang 7 Komponen Utama dalam Rancangan Perniagaan.




How To Write A Business Plan… Made Easy The assistance you have been looking for… with writing a Business Plan. Find Out More...





Saturday, 17 March 2012

Langkah-Langkah Penting Untuk Promosi Fan Page Anda

Assalamualaikum dan Salam Sembang Niaga..

Selamat datang kepada semua ahli-ahli baru Sembang Niaga. Semoga semuanya sihat-sihat belaka. 



Untuk memulakan perbincangan kita, saya amat ingin mengulas tentang satu perkara yang sedang hangat diperkatakan di dalam dunia Social media iaitu Facebook Timeline. Ramai daripada pengguna Fan Page masih tertanya-tanya dan keliru tentang perubahan terbaru Facebook ini. 

Namun, Alhamdulillah, saya telah bertemu dengan satu artikel yang amat menarik yang ditulis oleh seorang pengamal Internet Marketing iaitu saudara Mohd Zulfadli. Dalam tulisan beliau menggariskan beberapa langkah-langkah penting dalam mempromosi Fan Page anda iaitu:

1. Guna nama Facebook Page yang tepat. - Ini memudahkan pelanggan anda dapat menemui anda dalam Facebook dengan lebih mudah

2. Ada cover photo yang berkaitan dengan bisnes. - Perlu berkaitan kerana ini amat penting untuk branding anda

3. Ada profile picture. Tip: Letak logo bisnes - Jika belum ada logo, sila dapatkan bantuan designer atau kawan-kawan yang boleh membantu. Pastikan logo anda simple dan mudah diingati

4. Bahagian Info yang lengkap mengenai bisnes/perkhidmatan. - Perkara ini dapat membantu anda dalam ranking SEO anda dalam Google.

5. Menyediakan cara untuk pelanggan menghubungi atau cara menempah produk/perkhidmatan. (Tip: Gunakan Note ataupun custom tab) - Jangan takut letak nombor telefon anda terutamanya telefon bimbit untuk memudahkan pelanggan anda menghubungi anda.

6. Sediakan satu custom tab untuk menarik minat pelawat Page untuk klik Like, ataupun untuk menerangkan mengenai produk/servis. - Cuba dapatkan satu "Landing Page" kalau anda mahu dan tawarkan kandungan PERCUMA seperti e-book, diskaun, hadiah misteri dsb untuk menarik pelanggan anda menghubungi anda

7. Sudah ada beberapa post update sebelum page mula dipromosikan. - Pastikan anda sudah post sekurang-kurangnya 20 post (termasuk status update, video, gambar dsb; baru nampak yang fan Page anda memang benar-benar "HIDUP"!!

Sekian jumpa lagi di post akan datang!

Ikhlas,

Azharee Wahid






Sila komen...